Ketupat ialah sejenis hidangan popular di beberapa negara Asia Tenggara. Di perbuat daripada beras atau pulut yang dibalut atau diisi ke dalam daun kelapa, daun palas atau daun pandan yang dianyam dan direbus atau kukus dalam periuk sebelum dibuka dan dimakan bersama lauk-lauk pilihan seperti serunding, rendang, dendeng dan sebagainya. Ia terkenal di seluruh Nusantara merangkumi Brunei, Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand dan juga Filipina. Di Malaysia dikenali juga sebagai Ketupat Lebaran atau ketupat Raya kerana ketupat adalah makanan yang sentiasa dihidangkan di setiap rumah pada Hari Raya.
Source: wiki
#ketupat #ketupatdaunpalas #foodmalaysia #jalanjalancariketupat #imagesofmalaysia
Bendera Malaysia; atau nama rasminya Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara ini, di sebelah atas bermula dari jalur putih kedua bersilang sehingga jalur putih yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dan ianya menjadi simbol untuk 14 jalur pada Jalur Gemilang.
Comments
Post a Comment